mamaminblog

KONGSI CARA, KONGSI MAKLUMAT, KONGSI CERITA


1 Komen

JOM TUKAR KEPADA SIMKAD TELEFON YANG MEMBERI PULANGAN WANG

Saya hendak bercerita tentang satu simkad telefon yang boleh beri pulangan kewangan kepada penggunanya. Saya menggunakan tiga simkad ini atas nama sendiri dan satu lagi didaftarkan atas nama anak yang telah mencapai umur 12 tahun.

Kenapa ada empat untuk diri sendiri?

Sebabnya saya ada 1 telefon, 2 tablet dan sebuah komputer yang kesemuanya memakai simkad telefon untuk dapatkan internet. Jadi bila sudah ada syarikat telco yang menawarkan pulangan wang dengan peratus tertentu dan memberi juga ganjaran-ganjaran lain, maka saya pun tidak pilih syarikat telco lain lagi. InsyaAllah, bila seorang lagi anak cukup 12 tahun saya rancang untuk mendaftar satu akaun lagi untuknya.

Baru-baru ini, saya beli 1 modem dan masukkan 1 simkad untuk tujuan dapatkan internet, khas untuk dihubungkan dengan satu komputer yang digunakan untuk blogging  dan menjawab survey online. Sebelum ada modem ini, saya pakai satu broadband yang bayaran bulanannya lebih tinggi, terutamanya bila dicampur dengan gst.

Apa nama simkad telefon yang saya pakai?

Pembaca mungkin pernah dengar tentang Tone Excel. Ya, inilah simkad telefon yang saya gunakan.

Screenshot_2017-05-12-16-17-17-1

Pembaca mungkin hendak tahu lebih lanjut kenapa saya sanggup gunakan simkad telefon ini sehingga 4 keping….

Baca lebih lanjut tentang kebaikan dan  kelebihan simkad Tone Excel  dalam pautan di bawah:

KEBAIKAN GUNA SIMKAD TONE EXCEL

KELEBIHAN GUNA SIMKAD TONE EXCEL

Advertisements


Tinggalkan komen

KOMISYEN BULANAN PENGGUNA TONE EXCEL

Setiap pengguna Tone  Excel yang mempunyai downline akan mendapat komisyen apabila dirinya dan downlinenya membuat topup.

Peratus komisyen diterima berbeza mengikut jumlah topup bulanan pengguna tersebut. Gambarajah di bawah menunjukkan peratus komisyen yang diterima (sehingga 3 peringkat).

Pengguna Tone Excel yang membuat topup bulanan RM20 dan keatas (tetapi kurang dari RM60), beliau (ANDA)  layak mendapat komisyen sebanyak 6% dari downlinenya sendiri (rakan niaga, peringkat 1 ), 3% lagi dari downline kepada downline peringkat 1 (rakan niaga kedua, peringkat 2) dan 11% lagi bila downline peringkat 2 juga mempunyai downline (rakan niaga ketiga, peringkat ketiga ).

20180206_183527

Komisyen hanya diperolehi hingga 3 peringkat. Maksudnya, bila rakan niaga ketiga mempunyai downlinenya sendiri,  komisyen tidak lagi dikira untuk pengguna  Tone Excel yang paling awal tadi, ( iaitu ANDA). Bila ANDA mempunyai 3 peringkat downline, maka ANDA akan menerima sehingga 20% komisyen bulanan.

Peratus berlainan diperolehi bila pengguna Tone Excel tersebut membuat topup RM60 atau lebih sebulan . Lihat gambarajah di bawah. Dalam kes ini ANDA boleh menerima sehingga 26% komisyen bulanan dari semua 3 peringkat downline di bawahnya.

20180206_183618.jpg

Untuk mendapatkan komisyen di atas, pengguna Tone Excel tersebut hendaklah memastikan dirinya sendiri membuat topup bulanan dan downline-downline lain juga membuat topup mereka.

Semestinya anda dan downline anda akan sentiasa membuat topup sebab telefon adalah salah satu  keperluan dalam kehidupan ……..😁😉

Lagi ramai downline anda, lagi banyaklah pendapatan dalam bentuk komisyen yang anda akan terima. Itu belum dikira pendapatan dalam bentuk bonus dan insentif lain lagi. Semoga syarikat pengendali  Tone Excel sentiasa menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan lagi insentif kepada semua pengguna Tone Excel.

 


Tinggalkan komen

CARA TERKINI SERTAI TONE EXCEL 2017

Berita baik untuk anda yang berminat untuk melibatkan diri dalam bisnes Tone Excel secara serius dan anda sedang mencari maklumat tentang cara mendaftar Tone Excel.

Kini terdapat cara baru yang menggunakan satu sistem di mana anda mendaftar melalui satu web replika seorang  pengguna Tone Excel . Bila anda klik web yang diberi, anda akan diminta memberi nama dan alamat email. Kemudian anda akan diberi maklumat sehinggalah kepada proses pendaftaran anda. Bila selesai pendaftaran,  anda juga akan mendapat satu web replika yang membolehkan anda membuat promosi untuk mencari downline sendiri. Sistem ini menarik kerana proses pendaftaran sehingga kepada proses penghantaran simkad kepada pengguna baru semuanya diuruskan melalui sistem tersebut.

Bila anda sudah mendapat simkad Tone Excel dan sudah faham serta mahir tentang Tone Excel, anda boleh mempromosi web replika yang mempunyai ID anda secara besar-besaran. Proses pendaftaran serta penghantaran simkad untuk downline anda semuanya akan diuruskan oleh sistem tersebut. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuat promosi website replika anda. Senangkan ?

Anda boleh mengunjungi website replika berikut untuk mendapat lebih penerangan dan maklumat. Sekiranya anda suka anda boleh membuat pendaftaran Tone Excel melalui sistem tersebut. Sila klik di bawah : https://mudahonline.com/1320769

Sebenarnya website di atas adalah milik seorang anak saya yang berumur 13 tahun yang merupakan juga downline saya.

Bagi yang bercadang untuk menggunakan Tone Excel tanpa mencari downline, saya syorkan mendaftar tanpa melalui website tersebut . Tetapi anda masih memerlukan  ID dan upline yang akan menerangkan dan membantu anda menyertai Tone Excel.

Anda boleh hubungi saya untuk untuk tujuan pendaftaran tanpa melalui website replika di atas dengan cara whatsapp ke nombor berikut : 01135447327

20180101_115510

 

Sekiranya anda belum mempunyai penaja ( atau upline ) tetapi ingin menguruskan sendiri proses pendaftaran Tone Excel, anda boleh menggunakan ID saya  : 950843


Tinggalkan komen

Jana wang melalui telefon dengan simkad prabayar

IMG-20171105-WA0000

Tujuh persoalan di atas patut difikirkan oleh anda khasnya bagi anda yang mengguna simkad prabayar. Anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk mengguna simkad telefon yang memberi pulangan dalam bentuk wang dan lain-lain. Anda juga boleh membuat bisnes dengan menggunakan simkad prabayar tersebut.

Simkad prabayar yang saya maksudkan di atas ialah Tone Excel yang menggunakan talian Tune Talk. Tone Excel dikendalikan oleh syarikat Tone Group sdn bhd yang telah beroperasi di  Malaysia semenjak tahun  2010.

Screenshot_2017-05-12-16-17-17-1

Banyak kelebihan diperolehi melalui simkad prabayar Tone Excel.

IMG-20170511-WA0000

Ada banyak kelebihan yang ditunjukkan. Tetapi bagi yang bercadang untuk membuat bisnes, inilah satu peluang untuk anda.

Anda berpeluang menjana wang dengan  membuat bisnes telco. Maksudnya anda mempromosi simkad Tone Excel kepada orang  ramai dan mendaftarkan mereka yang berminat menggunakan simkad ini di bawah anda. Lagi ramai downline anda lagi banyak pendapatan anda.

Pendapatan utama anda ialah dalam bentuk bonus tajaan sebanyak RM15 untuk setiap downline yang berjaya didaftarkan dan komisyen bulanan. Komisyen ini akan berterusan diterima selagi downline anda membuat topup dan anda juga membuat topup.

Dapatkan lebih maklumat melalui pautan berikut:

KELEBIHAN GUNA SIMKAD TONE EXCEL

KEBAIKAN GUNA SIMKAD TONE EXCEL

Anda  boleh layari https://mudahonline.com/1320769 untuk mendapat maklumat serta mendaftar untuk menjadi pengguna Tone Excel.

 


Tinggalkan komen

CARA DAFTAR PAID SURVEY

Sekiranya berminat anda boleh menyertai semua  panel survey yang telah  saya ceritakan. Lagi banyak panel survey lagi banyak peluang anda untuk mendapat undangan bagi menjawab soalan. Semua yang saya senaraikan adalah percuma, tidak perlu keluarkan duit untuk mendaftar.

Ada panel survey yang membenarkan ‘survey taker’ untuk memperkenalkan kepada kenalannya dan mendaftar melaluinya. Ganjaran akan diberi kepada ‘survey taker’ dalam bentuk wang ataupun mata ganjaran tertentu apabila ada kenalan yang mendaftar melaluinya.

Anda boleh menyertai atau mendaftar dengan panel paid survey berikut melalui saya sebagai ‘promoter’ atau  ‘referer’ . Bila anda menjadi ahli yang aktif,  anda juga akan diberi peluang untuk menjadi promoter atau referer dan akan mendapat ganjaran untuk setiap ahli baru yang mendaftar melalui anda.

1) YOUGOV

Screenshot_2017-07-06-23-38-44

Anda boleh sertai Yougov dengan menaip URL yang bertulis tulisan merah di atas pada carian enjin seperti google ataupun terus klik URL di bawah :

https://my.yougov.com/ms/refer/83HkZuz910mjuEmomiwwZw/

 

2) MOBROG

Anda boleh sertai panel survey ini melalui jemputan  email. Bagi yang berminat boleh hantarkan nama dan alamat email anda kepada saya melalui nombor telefon berikut:

01135447327   (whatsApp sahaja)

3) AIP RAKUTEN

Sama seperti MOBROG, panel survey ini membenarkan ahlinya membuat promosi kepada kenalan untuk mendapat lebih mata ganjaran. Sama cara seperti MOBROG, anda boleh menghantar nama dan alamat email anda kepada saya menggunakan nombor telefon di atas.

4) TOLUNA

Toluna juga menggalakkan ahlinya membuat promosi untuk menambah ‘ survey taker’ . Sila klik URL di bawah:

https://enmy.toluna.com/referral/mindin68

5) Global Test Market ialah satu lagi panel survey yang menarik. Ia menawarkan ganjaran dalam bentuk wang (US Dollar)  dan ganjaran dalam bentuk baucer.  Anda boleh mendaftar sendiri melalui globaltestmarket.com .

 


Tinggalkan komen

BUAT DUIT DENGAN PAID SURVEY

Tahukah anda bahawa anda juga boleh mendapat wang bila menjawab soalan  kajiselidik. Anda dibayar bila anda menjawab soalan . Saya gunakan istilah ‘ paid survey’ untuk kajiselidik tersebut.

Ada banyak paid survey yang anda boleh sertai tanpa perlu membuat bayaran pendaftaran. Saya senaraikan beberapa nama panel survey  yang saya sertai dan telah pun mendapat ganjaran samada berbentuk wang atau pun  baucer.

Panel survey  pertama yang saya sertai dan telah pun menebus ganjarannya beberapa kali ialah Toluna . Saya memilih untuk menebus ganjaran dakam bentuk wang.  Setiap 16000 mata ganjaran melayakkan saya menebus RM20. Ganjaran dalam bentuk baucer juga disediakan.

Saya suka Toluna sebab setiap kali mendapat undangan menjawab soalan survey, saya selalunya akan tetap  diberi 30 mata walaupun saya kemudian disaring keluar. Disaring keluar maksudnya anda cuba menjawab tetapi sistem kemudiannya mengesan bahawa anda bukan responden yang menepati kategori yang dikehendaki dan anda tidak dapat meneruskan survey tersebut.

Panel kedua ialah AIP Survey Online. Ganjaran yang diberi ialah dalam bentuk baucer. Bermacam-macam baucer dari pelbagai syarikat terkenal disediakan seperti Guardian, Watson, KFC  dan  lain-lain. Saya telah menebus dan menerima baucer Guardian, Watson dan yang terbaru ialah baucer KFC . Buat masa sekarang AIP belum menyediakan tebusan dalam bentuk wang.

Panel ketiga yang saya baru sahaja terima  ganjaran dalam bentuk wang ialah  YouGov . Pelbagai pilihan  berbentuk baucer dan wang disediakan. Setiap 5000 point atau mata ganjaran melayakkan saya menebus $25 wang singapura ( lebih kurang RM75, dalam tahun 2017).

Panel keempat  ialah Global Test Market. Anda boleh memilih untuk menebus ganjaran dalam bentuk wang atau baucer. Setiap 1080 mata melayakkan saya menebus $10  (US dollar) atau baucer yang senilai dengannya.

Global Test Market juga menjadi kegemaran saya sebab saya selalunya akan mendapat 5 mata walaupun disaring keluar dari menjawab soalan survey yang diberi. Maksudnya  ia menghargai masa yang kita gunakan untuk cuba menjawab soalan yang diberi ( sama seperti Toluna )

Panel survey kelima ialah Mobrog.  Satu perkara yang saya suka ialah Mobrog membayar dengan begitu cepat. Selepas anda meminta bayaran, wang akan dimasukkan ke akaun paypal anda dalam masa 24 jam. Anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya $6.25 (US  dollar) sebelum dapat membuat penebusan. Mobrog hanya menyediakan ganjaran dalam bentuk wang.

Menjawab soalan survey ialah satu cara untuk anda mendapat duit sampingan walaupun ganjaran yang diterima tidaklah sebanyak mana. Mungkin anda akan mengambil masa lebih dari sebulan untuk  dapat mengumpul mata minimum sebelum dapat menebus ganjaran yang ditawarkan. Jadi seeloknya anda menyertai beberapa panel survey yang berlainan supaya anda dapat menebus ganjaran dari pelbagai pihak. Cara ini juga ialah untuk memastikan anda sentiasa menerima undangan untuk menjawab soalan survey . Selalunya dalam seminggu  anda akan dihubungi 2 atau 3 kali oleh  panel survey untuk menjemput anda menjawab soalan yang disediakan oleh mereka.

Bagi sesiapa yang mempunyai masa terluang dan suka melayari internet, saya syorkan daftarlah dengan mana-mana panel survey ( terutamanya lima panel survey yang  disenaraikan di atas).  Dengan itu anda dapat juga menjana hasil sampingan walaupun sedikit. Lima panel survey di atas adalah yang saya paling suka sebab saya sendiri sudah mendapat ganjaran dari mereka.

Ada juga panel survey yang menggalakkan ahlinya untuk membuat promosi kepada kenalan . Ahli tersebut akan mendapat ganjaran sekiranya berjaya mendaftarkan ahli baru melaluinya. Contohnya ialah AIP, MOBROG, Toluna dan GLOBAL TEST MARKET .

Selalunya panel survey akan berhubungan dengan anda melalui email, jadi anda perlu membuka satu akaun email terlebih dahulu.

Seeloknya anda juga membuka akaun paypal untuk tujuan penebusan ganjaran dengan wang. Buka akaun paypal sebelum anda daftar dengan mana-mana panel survey, jadi maklumat tentang cara menerima wang ganjaran boleh terus diisi.  Kebanyakan panel survey menggunakan paypal untuk membayar kepada ahlinya dan paypal tersebut mestilah menggunakan alamat  email yang sama seperti yang digunakan untuk mendaftar dengan panel survey. Pendaftaran paypal adalah juga percuma.

Di bawah ialah sebahagian urusniaga dalam akaun paypal saya. Semua aktiviti yang tercatat adalah berkaitan dengan  paid survey yang saya sertai.

Screenshot_20180219-185319

Sekiranya anda berminat untuk menyertai semua panel survey di atas, sila dapatkan maklumat dalam : CARA DAFTAR PAID SURVEY

 

 


Tinggalkan komen

SIAPA YANG BOLEH MENJADI AGEN TOPUP?

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh menjadi agen topup.  Salah satu caranya ialah mendaftar dengan agen yang menyediakan perkhidmatan ini. Anda boleh mencari sendiri agen ini  melalui enjin carian di internet atau melalui rakan-rakan yang tahu atau mereka sendiri menjadi agen topup.

Saya sendiri boleh menolong anda untuk menjadi agen topup kerana saya adalah seorang agen topup. Tetapi saya menjadi agen topup ini secara berpakej, maksudnya saya mengguna simkad tone excel dan kemudian  mendaftar untuk menjadi agen topup.  Sekiranya anda mengguna simkad tone excel ( dan memperolehi  simkad dari rangkaian yang sama seperti saya ) anda juga akan berpeluang menjadi agen topup .
Setelah anda mendaftar untuk menjadi pengguna simkad tone excel  dan setelah nombor telefon telah ditetapkan, anda  boleh memohon untuk mendaftarkan nombornya sebagai agen topup. Bayaran rm10 dikenakan. Sekiranya dia hanya membayar harga simkad pada awalnya, dia boleh menambah rm10 kemudian. Boleh hubungi saya untuk membantu bila perlu.

Agen topup akan didaftarkan atas nombor telefon dan nama pemegang nombor tersebut. Lebih senang lagi sekiranya, orang yang berkenaan mempunyai online bank, terutamanya maybank2u atau CIMB click untuk tujuan pemindahan wang ke akaun topup untuk urusan urusniaga topup kemudian.

 


Tinggalkan komen

CARA SERTAI SAYA MENJADI AGEN TOPUP

Caranya ialah dengan menjadi pengguna simkad tone excel di mana simkadnya diperolehi melalui network atau rangkaian  yang sama dengan saya. Pembekal simkad tone excel ini telah mempekenalkan ‘satu bonus’ iaitu penggunanya dapat memilih untuk menjadi agen topup sekiranya berminat.

Semasa saya membeli simkad ini dalam tahun 2015, saya memilih untuk mendaftarkan 2 nombor telefon untuk menjadi agen topup. Maksudnya saya  ada 2 akaun topup ( macam ada 2 kedai topup). Pada masa itu tiada bayaran pendaftaran dikenakan.

Sekarang  ( dalam tahun 2017 , rm10 dikenakan untuk pendaftaran. Masih dikira murah. Sekiranya anda  menjadi downline saya, anda boleh menjadi agen topup selepas nombor telefon telah ditetapkan samada segera atau lewat kemudian . Tetapi jika anda memilih untuk mendapatkan simkad tone excel ini dari rangkaian lain, anda tidak berpeluang menjadi agen topup ( melainkan rangkaian tersebut ada menawarkan ‘bonus’ yang serupa) .

Anda boleh juga menjadi agen topup dengan cara lain yang tidak meletakkan syarat menjadi pengguna simkad tone excel seperti saya. Dalam hal ini saya tidak ada maklumatnya, anda kena cari sendiri. Andainya anda menjumpai sendiri website atau pengendali topup, jangan terus mendaftar dengannya. Semak dahulu komisyen untuk pelbagai telco yang dikenakan. Ada yang akan menjadikan anda sebagai downline dalam rangkaian bisnes topupnya. Ini akan menyebabkan komisyen anda tidak setinggi yang anda harapkan.

Kalau anda berminat untuk menggunakan simkad tone excel dan berminat juga menjadi agen topup seperti saya, hubungi dengan cara:

whatsApp   ke nombor  01135447327

Harga simkad tone excel ialah rm98

Harga simkad + pos ialah rm100

(Harga pos express ialah rm3. ++ …subsidi untuk anda😎)

Anda boleh membayar rm10 untuk pendaftaran sebagai agen topup kemudian atau   bergantung kepada bila anda bersedia hendak mejadi agen topup.